Tuesday 16 February 2016

Harbin - Salju di hati (1)

Teks : Rozie Wahid

Kaki melangkah keluar dari lapangan terbang kelihatan seorang dari staf syarikat encik suami telah sedia menunggu. Angin dingin terus menerpa wajah tanpa segan silu. Saya melangkah laju masuk ke dalam kereta kerana tidak tahan dengan cuaca yang sejuknya agak terasa lebih dari biasa.

            Di tempat saya menetap adalah selatan China, iaitu Guangzhou. Ketika musim sejuk melampau pun hanya setakat sejuk yang kering tiada salji. Namun di sini berlainan sejuknya, lembab. Saya berada sebuah bandar di utara China, bernama Harbin. Ia bersempadan dengan negara Rusia dan Korea Utara. Kepingan salji mulai turun dan pemandu mulai menggerakkan wiper. Saya akan berada di Harbin selama 5 hari kerana mengikut encik suami atas urusan syarikat. Kami akan menginap di Hotel Singapore, Harbin. Walaupun kami begitu jauh dari tanah air tetapi apabila tinggal di hotel yang bernama ‘Hotel Singapore’ pun sudah terasa seperti dekat di hati. Nampak sangat homesick.

            Keadaan hotel di mana-mana sekitar China adalah lebih kurang sama suasananya. Cara pihak pengurusan juga tidak jauh bezanya. Kebanyakan hotel di China diberi sewa bilik-bilik hotel untuk dijadikan pejabat selain tempat menginap. Namun pada malam hari semua bilik akan diperiksa oleh pihak berkuasa untuk memastikan tiada digunakan oleh pasangan yang bukan suami isteri. Pengenalan diri atau passport adalah amat diperlukan ketika ini. Saya sering berfikir alangkah baiknya di tanah air sendiri membuat proses yang serupa pastinya menyenangkan kerja pihak agama negeri jika ada kerjasama yang seumpama.

            Esok dan hari seterusnya adalah hari yang amat menyeronokkan kerana encik suami telah mengaturkan isteri stafnya untuk menemani saya sepanjang tempoh kami di Harbin. Banyak juga aktiviti yang akan saya lakukan di sini, pandainya encik suami membuat perancangan agar saya tidak menganggu kerjanya.


Saya akan berceita kisah selanjutnya pengalaman manis di entri akan datang.

No comments:

Post a Comment