Sebagai
umat islam, semua orang ternanti-nanti bulan Ramadhan, bulan keberkatan dan
juga bulan ibadah. Para peniaga tidak kurang juga yang ternanti-nanti
untuk menyambut seruan Nabi kita agar berniaga kerana itu juga ibadah.
Produk sudah ditangan, cantik
tersusun. Kami meneruskan langkah seterusnya untuk menyediakan sesuatu
persembahan yang lebih professional. Kami mengaturkan photoshoot agar image yang
akan ditampilkan jadi lebih menarik dan tertarik. Seusai pengambaran dilakukan,
kami terus meneruskan rancangan kami. Bagi mengikut peredaran semasa dan
bersama-sama di dalam perniagaan masa kini yang lebih giat dilakukan secara
online berbanding offline, kami turut serta. Sekali lagi, semuanya harus ada
ilmu dan guru.
Kami mencari ilmu Internet Marketing
yang banyak terhidang dan seminar pertama adalah Grand Seminar Tudung (GST
2016) bertempat di PWTC selama 2 hari. Di situ kami belajar bagaimana
pengurusan perniagaan tektile dari a hingga z. Selesai itu kami teruskan dengan
bergabung kelas anjuran TYRA Wholesale bertempat di Bangi. Saya hadiri sebanyak
2 kali untuk memahami selok belok fbads, iaitu pengiklanan menggunakan
facebook.
Bukan mudah juga diusia sekarang
untuk belajar internet marketing secara teknikal. Namun saya sahut cabaran
tanpa rasa lelah. Saya diberi peluang seterusnya oleh CEO Tyra Wholesale untuk
mengikuti seminar yang saya kehendaki. Allah memang Maha Mendengar apabila saya
diberi peluang itu tanpa membayar sesen pun. Jasa Tyra tidak saya lupakan.
Seminar yang paling ulung iaitu Seminar Chapter O, anjuran Sifu Fbads. Hati
saya rasa terharu, bangga, teruja apabila Allah aturkan dari ribuan yang hadir,
saya dapat kerusi yang agak hampir dengan pentas. Jelas wajah sifu Jamal kelihatan
dari tempat duduk saya.
Dari seawal 7 pagi hingga 1.15 pagi
kami disajikan dengan ilmu yang padat. Sememangnya sifu Jamal tidak kedekut
untuk mencurahkan ilmu agar anak bangsa menjadi kaya dan berjaya dunia akhirat.
Badan keletihan, otak penuh dan saya balik ke rumah dengan azam yang teguh agar
saya akan dapat menjadi ‘the next hot seat person’.
Ada
lagi ceritanya, tunggu…
No comments:
Post a Comment