Pernah
15 tahun dahulu saya menginginkan untuk menceburi diri dalam perniagaan
textile. Bila impian tersemat saya pun memulakan langkah pertama iaitu
menghadirkan diri ke kelas bagi mendapatkan diploma fesyen. Namun saya tidak
berlama di situ, sempat hanya 6 bulan kerana pihak akedemi menghadapi masalah
dan kelas dibubarkan.
Nasib menyebelahi saya ketika rasa
duka menyelubungi diri apabila pihak persatuan Ibu Tunggal mengumumkan untuk
membuat majlis makan malam. Saya diminta untuk masuk di slot fashion show bagi
semua koleksi baju yang telah saya siapkan. Majlis makan malam yang dihadiri oleh Datuk
Bandar Kuala Lumpur dan isteri serta para tertamu yang terhormat berpuas hati
dengan koleksi fesyen yang disajikan. Namun panas tidak sampai ke petang
apabila saya terpaksa menutup tirai impian itu atas sebab yang tidak dapat
dielakkan.
Penghujung bulan Mar 2016 saya
dipelawa oleh adik untuk bergabung tenaga dan usaha dalam perniagaan online
yang berasaskan tektile. Hati saya berbunga semula setelah sekian lama impian
itu terkubur. Dengan sedikit pengalaman di dalam bidang ini saya terus
menghayun langkah dengan gagah bersama dua adik. Kami menubuhkan sebuah
syarikat yang diberi nama MW Series Group (MW adalah sempena nama emak dan
abah).
Berhempas pulas kami dalam marathon
kerana tirai Ramadhan hampir menjelma dan pastinya permintaan produk kami salah
satu yang wajib dicari untuk menyambut Hari Raya. Pantas kami mencari fabrik,
tukang jahit pukal kerana kedengaran slot untuk Hari Raya akan ditutup. Kami
akan bermasalah jika tiada tukang jahit yang sanggup untuk mengambil tempahan.
Syukur, semua telah selesai diserahkan kepada tukang jahit.
Langkah seterusnya mencari design
produk, label, sticker dan packaging. Ya, semuanya bukan mudah. Kami tetap
teruskan juga walaupun kami bertiga agak keletihan kerana membuat dua kerja.
Genap sebulan produk kami telah siap di tangan dan perasaan ketika itu penuh
dengan kegembiraan kerana akhirnya apa yang kami rancang telah menjadi
kenyatan. Namun ini bukan penamat, ada misi di peringkat seterusnya kami perlu
lakukan demi mencapai kejayaan.
Saya
akan cerita di entri akan datang.
No comments:
Post a Comment