Teks : Rozie Wahid
Masih terbayang di ruang mata. saya berdiri di balkoni aras 15. Ketika itu masih belum banyak bangunan yang tinggi yang berdekatan tempat tinggal kami iaitu pusat bandar di selatan china iaitu Guangzhou di Guangdong province. Suami kata keluasan bandar ini lebih kurang sepuluh kali keluasan Singapore. Kedudukan tempat tinggal kami lebih kurang jarak 15 minit berjalan kaki ke pasar besar terkenal di Guangzhou.

Banyak kenangan manis
sepanjang tinggal di sana. Banyak yang saya pelajari, dari bahasa dan gaya
hidup. Saya memang suka masak sendiri di rumah walaupun di sana juga mudah
untuk mendapat makanan halal. Saya bawa segala rempah ratus dari Malaysia.
Setiap sebulan sekali, saya akan buat jamuan makan dengan kenalan dari
Malaysia. Saya pasti akan menyediakan makanan Malaysia yang sentiasa dirindu.
Nasi lemak, nasi beryani, roti canai, rendang, karipap dan macam-macam menu yang
sering disajikan. Saya suka memasak tetapi kurang makan. Hati tersenyum bila
melihat kawan-kawan makan sambil bergelak ketawa. Kami ibarat sebuah keluarga
yang besar di sana. Lupa nak beritahu, dalam 20 orang lebih itu hanya saya
seorang sahaja berbangsa melayu.
Pengalaman yang agak lucu
adalah apabila pertama kali saya ke pasar kecil berhampiran dengan rumah. Puas
saya cari ikan yang mati untuk dimasak tetapi tidak ada. Semua yang dijual adalah
ikan yang masih hidup. Kali pertama nak siang ikan terasa macam baru aje jadi
pembunuh. Terlompat-lompat kegelian bila ikan bergerak.
Suami beri tip, sejurus balik dari pasar, ikan tersebut harus disimpan terus dalam tempat sejuk beku untuk setengah jam baru boleh disiang. Baru saya tahu yang ikan yang telah mati sudah tidak ada nilai. Harga untuk ikan sebegitu agak murah. Kalau di pasar basah Malaysia ikan yang hidup pula kurang. Harga ikan yang mati dan sejuk beku pula agak mahal. Mereka suka makan makanan yang segar dan berkhasiat. Itu yang buat saya jatuh cinta tentang china.

Ada banyak lagi kisah
menarik di sana, nanti akan saya ceritakan di lain entri.
No comments:
Post a Comment