Setiap yang bernikah
inginkan kehadiran si comel. Saya tidak terkecuali namun, saya tidak merancang.
Bulan pertama apabila waktu haid melangkau ke bulan seterusnya tidak kunjung
tiba, saya agak pelik. Ketika itu saya menetap di Guangzhou, China. Saya kurang
ilmu hamil, jadi apabila perut terasa sebu dan senak buat saya tidak selesa.
Musim sejuk di sana
tidak ada salji tapi suhu rendah dengan tiupan angin yang kuat menyebabkan saya
lebih suka duduk di dalam rumah. Saya adalah seorang yang cukup mementingkan
penjagaan berat badan. Pantang berat badan bertambah sedikit, saya pasti cepat
mulakan diet.
Saya suka memasak,
setiap hari saya akan pastikan ada sup panas dihidangkan setiap malam untuk
suami dan saya. Selalunya saya akan makan tidak berlebihan tetapi saya
asyik terasa lapar yang tidak boleh dibendung. Ada kala selepas makan malam,
saya masih boleh makan biskut atau roti. Keadaan saya yang semakin berubah gaya
pemakanan menyebabkan perut semakin membuncit. Suami menegur kerana selalunya
saya yang sibuk hal bab diet.
Apabila hampir sebulan
haid tidak datang, saya baru tertanya-tanya pada suami. Agaknya kenapa haid saya masih tidak datang. Adakah kerana suhu sejuk sangat ke? macam-macam yang saya
fikir namun, tidak terlintas tentang kehamilan. Hingga salah satu isteri rakan
kami datang ke rumah bercakap mengenai kemungkinan saya hamil.
Suami dapatkan kit
untuk uji kehamilan. Puas juga baca penerangan di kertas dalam kotak tu. Hampir
sejam saya di dalam bilik air, suami saya pula berjalan mundar mandir menunggu
saya di luar. Asyik bertanya sudah atau belum. Makin pening saya dibuatnya. Akhirnya
pintu bilik air saya buka sambil melemparkan senyuman pada suami yang muka
tercengang menanti tutur kata saya. Saya hanya menghulurkan kit kehamilan yang
ada dua baris merah jambu yang jelas. Dahi suami saya makin berkerut sambil
bertanya, apa tu?
Saya menggekek melihat
air muka suami yang masih kebingungan. Saya beritahu dua baris tu tandanya saya
hamil. Dia melompat kegembiraan dan kesyukuran seketika. Tiba-tiba dia berhenti
sambil berdiri kaku merenung tepat pada saya. Dia kata, saya perlu balik
Malaysia untuk bersalin di Malaysia. Dia tidak mahu anak pertama kami jadi
warganegara China…sabar jelah.
No comments:
Post a Comment