Teks : Rozie Wahid
Sebagai penghidap penyakit asma dan maghrain yang teruk adalah amat sukar apabila saya mula menjejakkan kaki di bumi asing. Semasa di tanah air jika diserang asma kita hanya perlu pergi ke hospital yang berdekatan dan rawatan segera diberikan. Di Guangzhou, China mempunyai hospital yang besar. Boleh pilih sama ada untuk pergi ke hospital yang memberi ubatan moden atau hospital yang menyediakan ubatan herba sepenuhnya.
Sebagai penghidap penyakit asma dan maghrain yang teruk adalah amat sukar apabila saya mula menjejakkan kaki di bumi asing. Semasa di tanah air jika diserang asma kita hanya perlu pergi ke hospital yang berdekatan dan rawatan segera diberikan. Di Guangzhou, China mempunyai hospital yang besar. Boleh pilih sama ada untuk pergi ke hospital yang memberi ubatan moden atau hospital yang menyediakan ubatan herba sepenuhnya.
Serangan
asma agak kerap menyerang apabila cuaca yang kurang menentu. Saya hanya
menggunakan alat pelega ‘pam ventolin’. Ada satu kejadian yang berlaku, ketika
itu suhu agak rendah. Terlalu lama saya berada di dalam rumah yang dihangatkan
dengan alat pemanas menyebabkan dada terasa sesak. Lalu saya menyarung pakaian
yang secukupnya untuk keluar mengambil angin di tepi sungai bersebelahan rumah.
Cuaca di hujung bulan 12 sememangnya sejuk. Tekak sudah beberapa hari tidak
begitu selesa. Terbatuk beberapa kali ketika saya duduk di bangku menghadap sungai.
Pam dihalakan ke mulut dengan harapan boleh melegakan sesak. Namun, dada terasa
semakin berat lalu tangan cepat menyeluk poket jaket mencari telefon bimbit. Saya
dail nombor suami dengan tangan tergetar.
Terasa bahu disentuh dan saya mendongak kepala lalu terpandang
muka suami yang rungsing. Memandang wajahnya pun sudah melegakan hati ini. Dia amat
memahami keadaan saya jika asma menyerang. Dipapahnya saya ke kereta dan kami
terus ke hospital besar. Saya memang tidak begitu gemar ke hospital. Biar sakit
kuat macam mana pun saya cuba mengelak untuk dirawat di hospital. Suami pula
sering tidak mahu menerima alasan yang diberi, dia hanya mahu saya segera
sembuh.
Sebab utama saya tidak suka ke hospital kerana untuk
rawatan asma seperti menerima oksigen dari tong oksigen yang besar itu adalah
perkara biasa. Menerima ubat ‘drip’ selama beberapa jam di kerusi empuk dalam
cuaca yang sejuk, itu juga perkara biasa. Namun, setiap kali saya sampai
sebelum doktor memberi oksigen dan drip, doktor akan memberi suntikan. Bagi saya
untuk mendapatkan suntikan itu juga perkara biasa tetapi cara doktor memberi
suntikan yang saya tidak biasa.
Di
sana tiada sekatan tirai di antara doktor dan pesakit yang berada di meja bersebelahan.
Kita akan nampak di sisi meja doktor selalunya ada satu kerusi kayu yang
tinggi. Kerusi kayu itu adalah untuk kegunaan pesakit yang akan diberi
suntikan. Pesakit hanya perlu duduk menyenget sebelum menurunkan sedikit
seluar, mendedahkan kawasan pinggul. Terlalu malu bila disuruh berbuat demikian,
biar dalam keadaan sakit tetapi saya tetap berasa malu sangat. Terasa semua
mata melihat saya walaupun sebenarnya tidak.
Di sudut hati yang paling dalam, hati saya sering
melafaskan betapa hospital kita di tanah air cukup menjaga tata cara mengikut
tradisi dan agama.
Salam.. saya nathasha.. ingin berkenalan dengan akak n ingin bertanya pengalaman akak di guangzhou dengan lebih teliti.. if u dont mind sharing, boleh x kita berhubung melalui whtsap? +60182316650 tq in advance kak.
ReplyDelete