Teks dan foto : Rozie Wahid
Semasa saya kecil sering tertanya kenapa pertumbuhan gigi tidak sekata dan tersusun rapi seperti orang lain. Salah memberus gigi kah? Atau betul apa yang sering diperdengarkan oleh orang sekeliling bahawa ia terjadi kerana ketakutan saya untuk mencabut gigi. Saya ingin mengubahnya lalu saya mempertingkatkan tahap kebersihan gigi. Doktor gigi menyarankan saya untuk memakai pendakap gigi. Melalui doktor baru saya tahu kenapa susunan gigi saya tidak tersusun rapi. Rupanya bukan kerana saya takut mencabut gigi tetapi kejadian rahang saya yang agak kecil dan sempit hingga tidak mencukupi ruang bagi gigi untuk tumbuh rata dan cantik. Menurut doktor lagi jika saya tidak perbetulkan, masalah gigi akan saya alami lagi seperti sebelum ini.

Pada Oktober 2012 saya
mengambil keputusan menggunakan khidmat braces a.k.a pendakap gigi bagi
menjalankan tugasnya menarik gigi untuk berada di kedudukan yang sepatutnya. Saya
memilih pendakap gigi yang dipanggil Daemon Braces. Kos untuk pendakap ini agak
tinggi. Klinik pula tidak jauh dari rumah untuk saya berulang bagi mendapatkan
rawatan pada setiap minggu. Temu janji dibuat seminggu sebelum tarikh
pemasangan. Hati merasa agak gusar dengan perubahan yang bakal saya tempuhi
untuk jangka masa yang agak lama. Saya perlu memakai braces selama 2 hingga 3
tahun bergantung kepada pergerakan gigi. Saya letak segala keyakinan dan
kepercayaan pada doktor pada hari itu. Debaran jantung saya bergerak normal
apabila doktor memasang dengan begitu teliti dan tidak sampai sejam, besi itu
sudah pun melingkari di seluruh gigi.
Pada September 2013 saya diberitahu oleh doktor, gigi saya perlu dicabut untuk memberi ruang kepada gigi lain berada di kedudukan yang betul. Bukan satu batang, bukan juga dua batang tetapi doktor perlu mencabut 4 batang gigi yang paling kukuh iaitu gigi yang ke lima. Gigi ke lima adalah gigi di sebelah gigi taring. Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu, kalau gigi yang sakit dan bergoyang dicabutnya apalah sangat. Namun, gigi yang kukuh itu dipilih kerana kegunaannya tidak begitu penting berbanding yang lain.
Doktor akan mencabut
satu gigi diselang seminggu sebelum mencabut yang seterusnya. Oleh kerana
semangat saya yang kuat untuk mempercepatkan pergerakan gigi, saya meminta
doktor menyegerakan cabutan. Degupan jantung terasa laju sementara menunggu
ubat bius yang baru disuntik ke gusi gigi sebelah kanan. Mata kami bertemu dan
saya masih boleh melihat mata doktor tersenyum, dengan lafas bismillah doktor
mencabutnya. Selang seminggu doktor mengulangi cabutan gigi atas sebelah kiri. Seminggu
selepas itu saya sendiri meminta doktor untuk mencabut 2 gigi di bawah pada
hari yang sama. Terasa agak membuang masa menunggu dari minggu ke minggu untuk
selesaikannya.
Sebelum saya memakai
braces ini ramai rakan di grup 'Malaysian Braces Community' mengingatkan saya tentang pemakanan. Sememangnya selepas setiap kali rawatan,
untuk 3 hari kesakitan gigi akibat pergerakan yang kuat menyebabkan saya tidak
boleh menggigit makanan yang keras. Bubur atau makanan yang lembut dan minuman
sejuk adalah pilihan. Jika ingin menurunkan berat badan, inilah ketikanya. Ada juga
yang menegur wajah saya kelihatan berbeza sedikit. Saya juga baru sedar bukan
sahaja kereta banyak menggunakan aksesori tetapi dalam rawatan braces juga banyak
aksesori yang perlu digunakan seperti anchor, power chains dengan pelbagai
warna dan banyak lagi.
Saya masih dalam rawatan walaupun sudah 2 tahun memakai braces. Ruang bekas gigi yang dicabut belum habis tertutup lagi. Jangkaan saya pertengahan tahun hadapan saya ingin bebas braces.
Saya masih dalam rawatan walaupun sudah 2 tahun memakai braces. Ruang bekas gigi yang dicabut belum habis tertutup lagi. Jangkaan saya pertengahan tahun hadapan saya ingin bebas braces.
No comments:
Post a Comment