Teks : Rozie Wahid
Di entri yang terdahulu saya ceritakan tentang pasar kecil. Di sana memang banyak pasar kecil di lorong-lorong. Semua barangan segar di jual pada sebelah pagi dan petang. Tiada yang pelik di pasar-pasar kecil cuma kena agak berhati-hati dengan penyeluk saku.
Di entri yang terdahulu saya ceritakan tentang pasar kecil. Di sana memang banyak pasar kecil di lorong-lorong. Semua barangan segar di jual pada sebelah pagi dan petang. Tiada yang pelik di pasar-pasar kecil cuma kena agak berhati-hati dengan penyeluk saku.
Ada sekali penyeluk
saku cuba mencuri dompet seorang mak cik yang sedang asyik membeli sayur. Oleh
kerana kejadian di depan mata saya, genggaman payung yang saya pegang dengan
erat seolah bersedia untuk bertindak jika ada apa-apa berlaku sebelum menegur
perbuatan pemuda peyeluk saku. Dia agak terkejut kerana saya begitu berani
menegur lalu dia hulurkan pisau ke arah saya. Pantas saya hulur payung sambil
mata memandang tepat padanya. Gaya ala-ala pemain pedang gitu. Bila dia melihat
saya bersedia untuk melawan, dia bergegas pergi dengan muka yang marah. Mungkin
malas hendak melawan saya di lorong sempit tu.
Kena marah yang saya
dapat bukan tahniah dari suami. Bukan senang nak jadi hero kata suami, nanti
takut pemuda itu dendam pada saya nanti. Hampir seminggu lebih saya tidak ke
sana. Nasib baik ada pasar lain.
Pasar Besar Guangzhou kalau sesiapa ingin berkunjung ke situ, perlu pakai kasut dan baju yang sesuai. Pasar itu terlalu besar dan panjang berbentuk simbol 'campur'. Satu hari belum tentu cukup masa untuk habis berjalan ke seluruhan pasar tersebut. Pertama kali saya ke sana, pemerhatian saya seolah saya bukan ke pasar tetapi macam pergi ke zoo.
Pelbagai jenis binatang yang dijual untuk dibuat makanan. Semua binatang itu hidup. Dari binatang yang kecil seperti serangga hingga sebesar-besar binatang. Pembeli boleh beli, bayar dan tunggu pekerja mereka mengerjakan binatang itu untuk disembelih dan dibersihkan serta di potong mengikut pemintaan pembeli.
Paling saya sedih dan tidak boleh pandang adalah apabila melihat bagaimana kucing dimatikan, dibuang kulit dan dipotong. Menitis air mata duka tidak terkata, tersayat hati melihat binatang kesayangan nabi diperlakukan sebegitu. Namun, apakan daya saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang.
Masih banyak lagi
kenangan di sana, tunggu di entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment