Teks : Rozie Wahid
Langit pagi kelihatan cerah hari itu dan saya terus menadah tangan agar Ammar selamat dan segera sembuh. Dokot pakar telah mengumumkan kepada saya dan suami yang Ammar perlu menjalani pembedahan menebuk perut untuk menjalurkan usus besar (bypass) selama beberapa bulan.
Langit pagi kelihatan cerah hari itu dan saya terus menadah tangan agar Ammar selamat dan segera sembuh. Dokot pakar telah mengumumkan kepada saya dan suami yang Ammar perlu menjalani pembedahan menebuk perut untuk menjalurkan usus besar (bypass) selama beberapa bulan.
Ammar tidur agak lena
sepanjang malam kerana keselesaan perut yang telah di kosongkan dari segala
kotoran. Dia perlu berpuasa sepanjang malam. Kesian saya melihat bayi yang baru
berusia 18 hari terpisat-pisat mencari susu.
Adalah tidak saya dapat
bayangkan apabila perlu menyerahkan bayi kecil saya pada misi di pintu bilik dewan pembedahan. Misi sempat menghulurkan pipi kecil Ammar untuk saya kucup.
Terketar bibir apabila sampai di pipinya dan saya iringi dengan doa seorang ibu
agar Allah dan para malaikat menjaga dia untuk saya.
Proses pembedahan tidak
begitu lama dan Ammar telah ditempatkan di nursery dalam inkubator. Saya agak
sukar untuk melihat dan sentiasa berada di sisi Ammar. Namun, saya gagahi walaupun
dalam keadaan berpantang. Setiap kali terdengar suaranya menangis kelaparan,
hati saya disagat sayu dan pilu.
Ammar dibenarkan pulang
dan saya dengan tiba-tiba menjadi misi terlatih. Menjaga ammar dari bayi dengan
susu sahaja hingga umurnya 2 bulan setengah. Doktor mengarahkan saya memberi
makanan pejal untuk Ammar mulai usianya 2 bulan setengah. Tujuannya adalah untuk Ammar segera gemuk dan
memudahkan proses pembedahan membuang sebahagian usus besar yang keadaan
sarafnya tidak berfungsi.
Ujian yang paling sukar
adalah hari-hari menjaga kebersihan Ammar di bahagian perut. Oleh kerana Ammar
masih bayi, tidak boleh di letakkan beg plastik seperti orang dewasa untuk
pembuangan najis. Kain kapas sahaja yang perlu dilapikkan di kawasan usus yang
terbuka itu dan saya tutupkan dengan kain barutnya. Kebersihan perlu dijaga
agar tidak ada jangkitan kuman berlaku.
Hanya saya sahaja yang
menjaga Ammar setiap kali menukar kain kapas dan membersihkan najis. Hati saya
sentiasa pilu dan nyilu apabila melihat keadaan kawasan itu yang berdarah
akibat najis keluar bersama cecair dan menyebabkan kulit di keliling usus itu
luka. Namun, di sebalik kesakitan yang dirasa, Ammar sentiasa ketawa mengagah
apabila mata kami bertentangan.
Saya akan sambung di
entri seterusnya, air mata ini masih mengalir tika menulis biarpun ia hanya menceritakan
kenangan.
No comments:
Post a Comment