Sudah beberapa bulan
ini saya dalam delima. Entah apa yang saya fikirkan, segalanya berselirat di
dalam benak rasa. Saya perlu membuat pilihan sama ada hendak dianjur ke mana
hala tuju hidup. Waktu semakin suntuk namun untuk merubah tiada istilah
terlambat. Lalu saya pacakkan impian yang telah lama saya pendam. Saya perlu
melangkah.
Bila
saya utarakan niat untuk berniaga, ramai yang di sekeliling bertanya. Tidak
cukup lagikah perniagaan yang sedia ada. Tidak cukup lagikah saya sebagai
pemegang AP kobis. Tidak cukup lagikah projek baru yang sedang mengalir ke
dalam syarikat sekarang. Tidak cukup sibuk lagikah diri ini hingga ingin
menambah kesibukan?
Jawapan saya : Saya
impikan berbuat sesuatu yang boleh memberikan kepuasan. Sesuatu yang saya
usahakan sendiri. Saya ingin memulakan dari Zero ke countless. Saya ingin
mencabar diri sendiri.
Jadi, apa yang saya
perlu lakukan?
Kata-kata
dari Puan Guru Ainon Mohd yang bijaksana lagi baik hati menjadi pemangkin.
Setiap hari saya menjadikan satu rutin untuk membaca segala ilmu yang dicurah.
Salah satunya ialah sebelum hendak memilih biz apa yang bakal kita buat, kita
perlu membuat window shopping idea.
Bermulalah
window shopping idea di media social. Saya selongkar satu demi satu yang mana
betul-betul idea yang boleh saya terima. Bukan mudah sebenarnya window shopping
idea.
Saya sambung bercerita
di entri seterusnya.