Teks dan foto : Rozie
Wahid
Matanya
yang sememang sudah kecil makin dikecilkan apabila bilah-bilah cahaya matahari
mengena wajahnya yang polos.
Saya
bertanya, “Amnah buat apa dekat situ?”
“Amnah
nak pergi raya tapi semua orang belum siap, lambat betul.” Jawab Amnah sambil
memuncungkan mulutnya. Kami berkumpul di homestay, Batu Pahat bagi
menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013.
Usia Amnah sudah pun menganjak 4 tahun
ketika itu. Kelincahannya sering mendapat perhatian. Namun pagi itu saya
terpandang sesuatu yang pelik pada Amnah. Kenapa wajahnya ada kesan biru lebam
dari dahi hingga ke hidung. Terhantuk kata ibunya ketika saya bertanya. Mereka
akan bawa Amnah ke hospital seusai sambutan hari raya nanti.
Panggilan telefon yang saya terima dari
ibu Amnah pagi itu amat mengejutkan saya. Amnah dimasukkan ke DEMC, Shah Alam.
Tanpa membuang masa saya terus bergegas ke sana. Dalam perjalanan saya hanya
terbayangkan keadaan Amnah yang lemah terbaring di atas katil hospital. Rasa
sebak menular ke seluruh ruang hati.
Tangan saya sudah hampir memegang tombol
pintu tetapi suasana riuh di dalam bilik ward menghairankan saya. Laju sahaja
kaki saya melangkah ke dalam kerana hati tidak sabar berjumpa Amnah. Saya hanya
dapat menggelengkan kepala ketika mata terpandang Amnah yang sedang turun naik
katil, sedang ibunya bising memarahi. Rupanya Amnah masih aktif dan sukar untuk
duduk diam.
Apa yang mengejutkan saya adalah keadaan
wajah Amnah yang semakin hitam kebiruan. Menurut kata ibunya, Amnah telah didiagnosis menghidap sakit yang dinamakan Idiopatik Trombositopenia Purpura (ITP). Amnah
ditukarkan ke PPUM untuk mendapatkan rawatan lanjut dari doktor pakar
kanak-kanak. Apa itu penyakit ITP? Jari jemari saya mula google untuk mencari
jawapan.
ITP adalah suatu penyakit pembekuan
darah dan darah Amnah tidak mempunyai platelet yang cukup. Jika jumlah bacaan
normal adalah 150 juta per mililiter darah tetapi paras bacaan darah Amnah hanya kiraan 2 – 4 sahaja. Amnah
mempunyai jumlah platelet yang sangat sedikit dan akan mudah mengalami
perdarahan yang sangat lama apabila mengalami kecederaan. Doktor pakar juga
beritahu yang Amnah ditahap kronik. Penyebab penyakit ini masih belum dikenal
pasti. Amnah segera diberikan ubat untuk membekukan darah, namun komplikasi
ubat itu menyebabkan berat Amnah semakin naik hingga Amnah sendiri tidak selesa
dengan keadaan dirinya.
Segalanya berubah tiba-tiba, siapa
sangka Amnah mendapat penyakit yang agak asing bagi kami. Besar betul ujian
yang Allah berikan pada ibu ayahnya. Kami tertanya-tanya tidak ada jalan untuk
Amnah kembali sihat. Doktor hanya memberi beberapa cadangan iaitu pemeriksaan
darah melalui pemeriksaan sum-sum tulang belakang. Selain itu perlu mengurangi
produksi antibodi dan destruksi trombosit, serta meningkatkan dan mempertahankan
jumlah trombosit.
Doktor pakar mulai memberi amaran agar
Amnah tidak melakukan aktiviti lasak yang boleh mengakibatkan lebam atau
berdarah. Doktor juga memberi bayangan keadaan Amnah dan kemungkinan yang bakal
berlaku.
Menitis air mata saya apabila
memandang Amnah yang aktif tanpa duduk diam. Apalah yang dia tahu tentang
keadaan dirinya. Dia hanya anak kecil yang tidak tahu apa-apa selain dunia
kanak-kanaknya. Mata saya berkalih pada wajah ibunya yang sayu, namun dalam kepayahan
ibu harus kuat di depan anak. Adik saya mohon kami semua memanggil Amnah dengan
nama Syaffiyah kerana nama itu bermakna penawar. Moga setiap kali kami
memanggil namanya adalah berserta doa agar Allah memberi penawar untuk penyakit
yang dialami oleh tubuh kecil itu. Ibu terpaksa memberhentikan segala akiviti
di sekolah seperti tekwando untuk mengawal keadaan tubuhnya yang mudah
lebam.
Melihat tubuh Syaffiyah yang
mudah lebam kerana dia terlalu aktif. Melihat juga dia sering mengadu sakit kepala, lenguh
badan dan loya akibat dari simptom penyakitnya benar benar menyayat hati
seorang ibu. Seperti biasa ibu melayan sahaja kerenah anak. Selagi ada hayat, ibu akan sentiasa berada di samping Syaffiyah. Memastikan Syaffiyah tidak
keseorangan mengharunginya.
Ibunya ingin selalu berada di samping Syaffiyah
ketika Syaffiyah melangkah ke sekolah, ke Universiti, ketika hari pertama Syaffiyah
bekerja, ketika Syaffiyah menjadi raja sehari. Ibu ingin mendandan Syaffiyah
pada hari pernikahanya, ibu ingin merangkul cucunya. Namun, persoalannya adakah
perancangan ibu dan perancangan Allah selari. Ibunya sentiasa berdoa agar dia mampu berbuat semua itu demi untuk satu satunya anak perempuan yang dikasihi. Moga Syaffiyah cepat sembuh dan membesar dengan sihat. Aamiin ya rabbal'alamin.
Aamiin ya Rabb atas semua doa2 yg baik utk Amnah Syaffiah.
ReplyDeleteT.kasih bonda..kini Amnah Syaffiah berumur 9thn. Alhamdulillah kami telah temui cara yg sesuai utk bantu puteri tunggal kami.Semoga Amnah Syaffiah membesar dgn sihat berjaya bahagia dunia akhirat.aamiin 💗💗
Amnah syaffiah:Love u bonda
ReplyDeleteAssalamualaikum. Puan. Apa khabar anak puan skrg ya? moga anak puan sihat selalu. Puan jika x keberatan, boleh ke puan berkongsi cara/ rawatan yg membantu anak puan menghadapi ITP ini? terima kasih puan. emel sy nhidayah2312@gmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum puan..kalau tak keberatan ,boleh share cara yg sesuai utk bantu tu mcmana?ank sy umur 2tahun baru disahkan mengidap ITP November lepas.. bacaan platelet masa mula² taw tu cuma 3..sekarang dah 2x masukkan IVIG.. platelet terbaru 54.. dia pon macam syaffiah ,sangat aktif xpadan gegirl��.. risau,tp apalah yg dia taw selain dr main...
ReplyDelete