Teks dan foto : Rozie
Wahid dan Google
Amnah Syaffiyah nama
diberi tika cahaya mata kedua adik saya selamat lahir ke dunia. Kelahiran bayi
comel ini adalah kelahiran yang dinanti. Amnah maksudnya kelembutan dan
Syaffiyah pula maksudnya penawar.
Pertama
kali saya mendengar kes kemandulan selepas kelahiran bila diberitahu oleh adik.
Dia mengalami kesukaran hamil selepas mendapat anak sulong. Namun, beliau tidak
mengalami kemandulan selepas kelahiran. Menurut doktor sakit puan yang
merawatnya ketika itu, punca sukar hamil kerana kilang telur malas. Akhirnya
beliau ditakdirkan hamil selepas menjalani rawatan yang diaturkan oleh pihak
LPPKN.
Amnah
membesar dengan baik seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Kasih saya
tertumpah untuk bayi Amnah sejak kali pertama kami berpandangan mata. Terlalu
banyak kisah menarik tentang Amnah yang ingin saya kongsi.
Selain
dari nama sebenarnya, dia juga mempunyai nama samaran yang ibunya berikan iaitu
‘Amnah Shizuka’.
“Kenapa
macam nama orang Jepun aje?” Tanya saya pada ibunya.
“Amnah
kata dia nak cantik macam Shizuka Doremon tapi perangai sehebat Gian.” Jawab
ibunya.
“Gian?
Siapa pulak tu?” Soal saya kembali.
“Gian
tu kawan Doremon juga,” terang ibunya.
Mengekek
saya mendengar cerita Amnah yang berangan ingin menjadi Shizuka.
Bila saya pulang ke rumah, saya google
untuk mencari foto Shizuka dan Gian. Lagi sekali ligat kepala saya berfikir,
atas sebab apa Amnah dikaitkan dengan Shizuka dan Gian. Amnah dilahirkan dengan
rambut yang agak lebat dan keriting halus. Amnah inginkan rambut yang lurus dan
kerana itu dia impikan mempunyai rambut seperti Shizuka. Ibu sering membawa
Amnah ke salun rambut untuk mendapatkan rawatan meluruskan rambut demi
mengembirakan hati Amnah yang gemar bergaya. Namun, gaya Amnah yang agak lasak
itu membuatkan ibunya teringatkan karektor Gian.
Amnah menggemari warna biru dan dengan
suka beraksi lasak menyebabkan ibunya cuba menerapkan ciri-ciri keperempuanan.
Ibu membeli keperluan seperti baju, beg, hiasan rambut dan pakaian berwarna
pink. Amnah anak yang baik dan menurut kata. Ibu bijak mendidik walaupun sifat
kasar Amnah seperti kanak-kanak lelaki kadang kala kelihatan juga.
Amnah gemar juga bergaul dan bermain
dengan abangnya. Gaya abang berpakaian dan bercakap menyebabkan Amnah suka
tetapi dia lebih tersangkut hati pada kecantikan Shizuka. Ibu membina
angan-angan Amnah dengan sogokan barang mainan masak masak. Tidak lupa juga ibu
mencalitkan gincu bibir sekali sekala ke bibir kecil Amnah hanya untuk
mengingatkan kejadiannya. Tersipu sipu sambil memuncungkan bibirnya di hadapan
cermin, betapa Amnah gembira menjadi cantik, secantik Shizuka.
Ada
lagi cerita tentang Amnah Syaffiyah di entri selanjutnya.
No comments:
Post a Comment