Teks dan foto : Rozie
Wahid
Ibunya tahu akan
seluruh kehidupan, kegembiraan dan kedukaan Amnah.
Selain
dari meminati Shizuka, Amnah paling gemar dengan kain pelikat. Bukan kain
pelikat biasa tetapi kain pelikat ayahnya. Adalah lebih baik jika kain pelikat
itu belum dibasuh. Kata Amnah kalau dia merindui ayahnya pasti boleh mengambil
bau ayah dari kain pelikat itu. Ia juga dijadikan selimut, penat aje ibu beli
selimut yang cantik untuknya kerana kain pelikat ayah juga jadi pilihan.
Ibu tidak pernah membiarkan Amnah
sendirian, lalu ibu sering melayan sahaja soalan yang dilontarkan. Kebanyakan
Amnah sudah mengetahui jawapan yang diberi kepada ibu kerana sengaja ingin membuat
ibu berasa geram.
Contohnya,
Amnah gemar makan ayam goreng (terpengaruh dengan rancang tv upin dan ipin).
Amnah:
Ibu, ayam ni tinggal di laut atau di darat?
Ibu : Mestilah di darat. Hish… Amnah ni kan.
Bila
ibu mulai bising, terkekek dia mentertawakan ibunya.
Selain itu jika Amnah berasa marah atau
geram dengan sesiapa, dia akan mengeraskan badannya serta mengeluarkan bunyi
‘Gerrrrr’. Tapi kalau lagi geram dia akan membuat tendangan dan tumbukan ke
angin tanpa orang yang membuat dia marah terlihat perbuatannya (Amnah mengikuti
kelas tekwando untuk setahun). Amnah nampak comel ketika buat begitu dan
sesiapa pun akan terhibur dengan keletahnya.
Setiap kali saya bertemu Amnah pasti dia
ingin memperlihatkan pada saya yang dia seorang yang rajin belajar. Sememangnya
Amnah seorang yang bijak, dia pandai menulis dan membaca. Saya tidak risau jika
tahun hadapan Amnah pergi ke sekolah untuk tahun 1. Saya pasti Amnah akan
menjadi anak yang pandai.
Fizikal Amnah sedikit berbeza dari rakan
sebayanya. Usia Amnah sekarang adalah 6 tahun tetapi ketinggiannya seperti
kanak-kanak berusia 7 atau 8 tahun. Berat badannya pula agak melebihi sejak
bayi lagi. Ketika itu saya sangka berat badannya menjadi begitu kerana dia bayi
yang terhasil dari rawatan yang diambil oleh ibunya dengan suntikan yang banyak
untuk capai kehamilan. Amnah mengambil pemakanan yang biasa, tidak berlebihan.
Hanya pengambilan susu sahaja yang agak banyak dan dalam kotak fikiran saya,
itu juga salah satu penyebab kenaikan berat badan. Namun, saya sering berdoa
agar Amnah sihat tubuh badan walaupun dengan keadaan berat badan yang tidak
seimbang.
Sangkaan
saya meleset, nantilah saya akan ceritakan lagi di entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment