Salam Perkenalan,
Rozie adalah
nama yang dipilih oleh abang sulong saya. Emak pula berhajat untuk menamakan
Rozita pada puterinya yang ke 6 ini. Akhirnya abang saya menang dalam undian.
Nama gelaran saya pula adalah Gee. Rakan di kampung halaman sering memanggil
saya dengan nama seperti Ujin, Ojin dan ada juga yang nakal memanggil saya Jin.
Saat itu terasa tidak selesa dan geram tetapi bila teringat nostalgia zaman
kanak-kanak boleh tersenyum sendirian.
Dilahirkan
dalam daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Zaman persekolahan, separuh
kehidupan di Batu Pahat dan separuh lagi di Klang, Selangor. Zaman dewasa pula
di Kuala Lumpur, Hong Kong, China dan sekarang di Selangor kembali.
Saya berlatar
pendidikan kesetiausahaan dengan pengalaman bekerja sebagai setiausaha di
beberapa buah syarikat di Kuala Lumpur. Disamping itu, seketika saya menceburkan
diri dalam bidang peragaan pakaian di majalah-majalah tempatan. Bertukar bidang
dalam bidang perniagaan, dan syarikat pertama saya, Idaman Beauty House adalah
sebuah pusat kecantikan. Salun kecantikan saya adalah salah satu outlet bagi produk BML ketika diawal
kemunculan produk tersebut di pasaran. Setelah beberapa tahun sekali lagi saya mencuba nasib dengan menukar
arah tuju kepada bidang yang lebih mencabar dengan menubuhkan syarikat United
Merge Sdn Bhd pada 13 tahun yang lalu. Syarikat ini memberi tumpuan usaha sama
dengan sektor kerajaan.
Saya membina
keluarga yang sederhana besar bersama 3 orang permata hati yang menjadikan
hidup saya lebih indah. Saya mengamalkan cara hidup yang sederhana.
Minat saya
adalah membaca dari novel cinta, keluarga, seram, selain surat khabar fizikal
atau online dan status FB rakan-rakan. Saya amat kurang menonton televisyen. Dalam
satu hari saya menghabiskan waktu membaca yang agak lama selain dari kerja
harian sebagai seorang ibu dan peniaga.
Segalanya
bermula dengan impian. Di usia yang semakin menaiki tangga masa dewasa madya
ini, saya mempunyai banyak impian. Diantara impian saya ialah saya ingin
menjadi penulis, saya ingin menukar bidang perniagaan yang sedia ada dengan
perjalanan hala tuju perniagaan yang lebih bersih. Saya juga inginkan
pengakhiran hidup yang lebih tenang.
Berlandaskan impian
yang saya ada, saya telah memilih untuk menjadi sebahagian dari keluarga ABDR. Saya
tahu dan yakin di sini titik mula impian saya dicaturkan. Saya ingin terus
melangkah hingga ke ‘Checkmate’.
No comments:
Post a Comment