Ada apa dengan ABDR?
Itulah persoalan yang pertama memenuhi benak rasa apabila puan Masayu bercerita
tentang ABDR di fb beliau. Terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut sama ada
kelas ini berbaloi dan boleh memberi manfaat pada saya atau tidak, lalu saya
google. Saya dapati ABDR ini adalah kumpulan sokongan kepada sesiapa yang
berhajat untuk beralih arah dari bekerja di pejabat kepada menjadi bos dari
rumah sendiri.
Oct 2014 adalah bulan kedua saya mulai berehat sepenuhnya
di rumah atas alasan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk saya terus bekerja
di pejabat. Namun, orang biasa bekerja akan terasa badan semakin lemau apabila
hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Pada masa yang sama saya mempunyai kelemahan
iaitu saya seorang yang pemalu di alam maya, malu untuk menyuarakan sesuatu
pendapat, komen atau berkongsi cerita. Sejujurnya ABDR adalah batu asas bagi
saya untuk keluar dari sifat malu apabila orang lain membaca penulisan saya. Selepas
tugasan ke 43 saya sedar yang saya telah dapat atasi kelemahan itu.
Saya akui sebagai manusia yang sentiasa sibuk dengan
kehidupan harian dan tidak lupa juga dengan segala ujian serta dugaan
menyebabkan penulisan sering tertangguh, namun saya bersyukur adanya ABDR. Para
tenaga pengajar yang tidak jemu dari subuh hingga ke malam mengeluarkan
posting di fb menyalur arua positif kepada semua pelajar agar tidak putus asa
dan berhenti separuh jalan.
Ini adalah tugasan terakhir saya. Apakah yang akan
berlaku selepas ini? Sudah pasti saya tidak akan berhenti menulis, jemput
jenguk selalu ke blog saya kerana di sini anda akan disajikan pelbagai rencah
dan rasa dalam kehidupan manusia.
p/s : Terima kasih yang
tidak terhingga kepada para tenaga pengajar ABDR yang awesome, terutama puan
Masayu. Tanpa kamu semua mana mungkin ulat ini bertukar menjadi rama-rama…cheewah!!!