Kaki melangkah keluar
dari lapangan terbang kelihatan seorang dari staf syarikat encik suami telah
sedia menunggu. Angin dingin terus menerpa wajah tanpa segan silu. Saya
melangkah laju masuk ke dalam kereta kerana tidak tahan dengan cuaca yang
sejuknya agak terasa lebih dari biasa.
Di tempat saya menetap adalah selatan China, iaitu
Guangzhou. Ketika musim sejuk melampau pun hanya setakat sejuk yang kering
tiada salji. Namun di sini berlainan sejuknya, lembab. Saya berada sebuah
bandar di utara China, bernama Harbin. Ia bersempadan dengan negara Rusia dan
Korea Utara. Kepingan salji mulai turun dan pemandu mulai menggerakkan wiper. Saya
akan berada di Harbin selama 5 hari kerana mengikut encik suami atas urusan
syarikat. Kami akan menginap di Hotel Singapore, Harbin. Walaupun kami begitu
jauh dari tanah air tetapi apabila tinggal di hotel yang bernama ‘Hotel
Singapore’ pun sudah terasa seperti dekat di hati. Nampak sangat homesick.
Keadaan hotel di mana-mana sekitar China adalah lebih
kurang sama suasananya. Cara pihak pengurusan juga tidak jauh bezanya.
Kebanyakan hotel di China diberi sewa bilik-bilik hotel untuk dijadikan pejabat
selain tempat menginap. Namun pada malam hari semua bilik akan diperiksa oleh pihak
berkuasa untuk memastikan tiada digunakan oleh pasangan yang bukan suami
isteri. Pengenalan diri atau passport adalah amat diperlukan ketika ini. Saya
sering berfikir alangkah baiknya di tanah air sendiri membuat proses yang
serupa pastinya menyenangkan kerja pihak agama negeri jika ada kerjasama yang
seumpama.
Esok dan hari seterusnya adalah hari yang amat
menyeronokkan kerana encik suami telah mengaturkan isteri stafnya untuk
menemani saya sepanjang tempoh kami di Harbin. Banyak juga aktiviti yang akan
saya lakukan di sini, pandainya encik suami membuat perancangan agar saya tidak
menganggu kerjanya.
Saya akan berceita
kisah selanjutnya pengalaman manis di entri akan datang.
No comments:
Post a Comment