Teks : Rozie Wahid
Kebanyakan wanita meminati barang kemas dan saya juga tidak terkecuali. Semasa remaja saya lebih suka barang kemas yang diperbuat dari perak (pure silver). Bila di awal perkahwinan, suami lebih gemar menghadiahkan barang kemas dari emas kuning. Namun bila sudah semakin dewasa kini, saya lebih suka barang kemas dari emas putih.
Kebanyakan wanita meminati barang kemas dan saya juga tidak terkecuali. Semasa remaja saya lebih suka barang kemas yang diperbuat dari perak (pure silver). Bila di awal perkahwinan, suami lebih gemar menghadiahkan barang kemas dari emas kuning. Namun bila sudah semakin dewasa kini, saya lebih suka barang kemas dari emas putih.
Di Guangzhou dulu saya tidak memakai apa-apa barang kemas
yang berlebihan. Saya hanya memakai cincin perkhawinan sahaja. Suami sering
melarang saya memakai barang kemas jika ingin ke pasar. Memandangkan pasar-pasar
basah yang berdekatan adalah di lorong-lorong dan mata penyeluk saku amat tajam
melihat setiap pengunjung.
Barang kemas yang saya amat gemari ketika itu adalah
gelang kaki. Jika di tanah air amat sukar untuk saya mencari gelang kaki yang
cantik dan mempunyai kepanjangan yang sempurna untuk kaki saya yang bersaiz
agak besar. Oleh kerana, barang kemas yang dalam simpanan ketika itu ada yang
tidak begitu saya gemari. Saya mengambil keputusan untuk berbuat sesuatu.
Selang beberapa lorong dari rumah saya, ada tukang-tukang
emas yang menjalankan perniagaan mengubah suai barang kemas mengikut permintaan
pelanggan. Tukang emas itu hanya bermodalkan satu meja kecil dan alatan di tepi
perjalan kaki sahaja. Saya memberi tukang emas beberapa bentuk cincin dan
seutas gelang kaki yang dibeli dari Kuala Lumpur. Tukang emas memberi saya
beberapa pilihan bentuk dan corak gelang kaki yang saya inginkan. Saya hanya
perlu menunggu hingga kerja beliau selesai kerana tiada surat atau bil yang
dikeluarkan bagi menentukan barang kemas itu hak kita. Penantian selama hampir
2 jam agak berbaloi apabila tukang emas menyerahkan seutas gelang kaki yang
baharu. Upah untuk kerja tersebut adalah amat murah.
Senyuman sampai ke telinga saya pamirkan pada suami
ketika menunjukkan gelang kaki yang baru diubah suai. Sekurang-kurangnya saya
tidak risau akan zakat barang kemas ketika itu.