Ramadan akan menjelma
lagi dua bulan, saya perlu memulakan langkah seterusnya untuk menjadikan biz
baru ini realiti. Segala kelengkapan membuat kuih tart telah tersedia. Saya
pasakkan semangat dan kesungguhan dalam-dalam.
Dua
minggu pertama saya membuat stok sample untuk diedarkan kepada agen-agen yang
dilantik. Pada masa yang sama saya membuat stok untuk menanti bulan ramadan yang
kian hampir. Order dari agen sudah mulai masuk dan pembuatan kuih tart semakin
rancak saya jalankan bagi memenuhi setiap tempahan. Belum sempat saya iklankan
di facebook atau instagram sudah pun tidak menang tangan.
Bulan ramadan telah tiba, bersyukur juga perniagaan ini
saya mulakan di rumah. Saya masih sempat untuk menyediakan juadah berbuka dan
bersolat tarawih di rumah. Semua agen yang ada di tangan ketika itu seramai 16
orang namun, hanya separuh sahaja yang betul-betul aktif dan bergerak cergas.
Saya melipatgandakan proses pembuatan kuih tart agar dapat memenuhi permintaan
agen.
Tiga hari sebelum hari raya saya anggarkan semua tempahan
selesai diedarkan namun, Allah lebih mengetahui bila harus diberikan rezeki
pada yang berhak. Saya mendapat order dari seberang tambak Johor dengan jumlah
yang agak besar. Hati ingin menolak tetapi akal memberitahu, rezeki Allah
jangan ditolak. Saya teruskan perjuangan untuk menyelesaikan tempahan terakhir
sebelum menjelang hari raya. Alhamdulillah, syukur merasa lega bila stok
bertukar tangan di KL Sentral. Tersenyum gembira kerana esok hari raya dan saya
merancang petang raya baru balik ke kampung.
Seusai berkemas di pagi raya, saya mendapat panggilan
dari jiran mohon mendapatkan kuih tart. Dia ingin membawa balik ke Pakistan
esok. Kesian bila saya fikirkan, hendak berikan stok di tangan hanya cukup
untuk emak dan keluarga. Saya terus menguli dan membakar. Menghala pulang ke
kampung saya serahkan stok kuih untuk jiran dan berdoa selamat sampai ke
Pakistan.
No comments:
Post a Comment