Setahun berlalu arwah
suami pergi menghadap Sang Pencipta namun saya masih lagi terawang-awang umpama
layang-layang terputus tali.
Kakak
sulong, kak June memberi cadangan supaya saya bergaul dengan masyarakat. Salah
satu cadangannya adalah mendaftar diri di persatuan ibu tunggal. Saya faham
niat baik beliau untuk saya berada di kalangan masyarakat yang menghadapi nasib
yang lebih kurang sama. Saya bersetuju dan beliau mengenalkan saya kepada
pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Ampang Wilayah.
Selepas
sebulan saya bersama persatuan ini, saya telah dilantik menjadi AJK persatuan.
Bermulalah kerja amal kami menolong semua ahli untuk bangkit dari kegagalan
rumahtangga atau kematian pasangan. Tidak dilupakan anak-anak ahli juga diberi
perhatian yang sama.
Setiap
bulan pasti kami akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik. Terima kasih
kepada pengerusi kami, kak Siti Zubaidah yang amat berdedikasi di dalam
memegang amanah untuk mengemudi persatuan ini.
Semakin
lama saya berada bersama mereka semakin saya merasa kuat untuk mengharungi
hidup ini sendirian. Melihat kekuatan semangat mereka bersama aura positif yang
mereka salurkan di kalangan ahli benar benar menyedarkan.
Di
sini juga saya memahami kehilangan suami akibat kematian adalah tidak seteruk
keadaannya berbanding mereka yang kehilangan suami akibat perceraian atau
ditinggalkan begitu sahaja. Tinggi betul kemampuan wanita untuk menerima ujian
dari Allah. Mereka orang yang terpilih. Kesiani bukan menghina, bantu bukan
mengejek kerana ini bahagian mereka.
No comments:
Post a Comment