Persatuan Ibu tunggal
Ampang Wilayah sering menjalankan pelbagai aktiviti usahasama dengan
Kementerian Wanita. Kami diberi peruntukan setiap tahun untuk mengadakan
beberapa seminar motivasi bagi ibu dan anak. Selain itu kami juga diberi
kemudahan oleh pihak DBKL untuk diberi tempat menyertai mana-mana kawasan
sekitar yang mengadakan jualan. Kami juga mempunyai kumpulan marhaban yang
boleh di panggil bagi majlis-majlis keraian.
Kebanyakan
ibu tunggal akan digalakkan untuk menggunakan bakat yang ada bagi menjana
pendapatan. Lebih dari 60% ahli kami adalah di kalangan ibu tunggal yang
berusia 40an ke atas. Bangkit dari terduduk adalah sesuatu yang agak sukar
tetapi bukan mustahil.
Saya
sering membantu di booth ibu-ibu tunggal yang berniaga seperti menjual raga yang
diperbuat dari surat khabar, pakaian dan tudung. Tidak kurang juga ada yang
berniaga makanan seperti kuih muih, kerepek dan ikan pekasam. Bulan Ramadhan
sering di nanti oleh mana-mana ahli yang berniaga di booth kerana pulangannya
yang lumayan boleh membawa senyuman anak-anak. Mereka juga dibantu oleh
anak-anak sendiri. Tugas kami sebagai AJK adalah mendapatkan tempat untuk
mereka yang telah diperuntukkan atas tiket ibu tunggal. Kami juga memastikan
tiada yang mengenakan bayaran pada mereka, jika tidak pasti ada yang mengambil
kesempatan. Bantu membantu adalah sesuatu yang diasuh di dalam kelompok kami.
Antara
pengalaman manis adalah dapat bersalam dengan Perdana Menteri Malaysia, Pak
Lah. Kenangan pahit adalah usikan dan jelingan masyarakat kerana kami membawa
nama yang tiada wanita inginkan iaitu janda atau nama yang lebih manis, ibu
tunggal.
No comments:
Post a Comment