Bekas
yang siap diisi dengan tart pelbagai bentuk untuk testing telah saya aturkan di
atas meja. Setiap bekas sudah juga saya tandakan dengan A, B, C dan D.
Saya
hanya bawa tart yang saya rasa terbaik untuk dipersembahkan kepada beberapa
orang keluarga dan teman rapat. Saya amat memerlukan beberapa komen dan
cadangan untuk penambahbaikkan sebelum saya menetapkan tart yang mana sedap,
disukai ramai dan bakal laris jualannya.
Waktu
untuk food testing bermula. Agak kelakar apabila melihat air muka setiap orang
yang mengambil tart dan merasa mengikut turutan. Selepas pelbagai komen,
majoriti memberikan positif serta tumbs up pada bekas C lulus untuk memasuki
pasaran tart.
No comments:
Post a Comment