Saya
benar-benar risau akan kelas ABDR yang saya terabaikan. Terasa bersalah pada
Puan mentor Masayu Ahmad. Namun, saya tahan hati supaya dapat menghabiskan apa
yang di tangan dahulu.
Bersandarkan
idea yang dicetuskan untuk menjalani perniagaan food industry Tart and Cookies,
saya mula membeli pekakas utama. Teringat kata-kata Puan mentor Masayu Ahmad
untuk menggunakan nama sendiri sebagai penjenamaan lalu saya mendaftar di SSM
syarikat persorangan atas nama RW Food Industry.
Memang
agak menghairankan kepada sesiapa yang mengenali saya dengan rapat apabila
mendapat tahu bahawa saya akan bermain dengan tepung dan oven. Seumur hidup
saya tidak pernah memegang oven untuk memasak apa sahaja apatah lagi tart dan
biskut, persoalannya di sini, adakah saya mampu melakukanya?
Entah
kenapa Teknik BAD yang diajar oleh Cik puan IA dan Cik puan Hajar Abdullah amat
terkesan. Saya tidak rasa gentar dan gusar, saya hanya jalan terus.
Dua
minggu saya membuat percubaan demi percubaan. Namun, saya masih lagi belum
mendapat rasa dan rupa tart yang terbeli oleh hati saya. Pelbagai resepi yang
saya dapatkan dari mak cik google, keluarga dan teman teman namun, semua tidak
boleh mencapai tahap kepuasan hati saya.
Sekali
lagi saya gunakan Teknik BAD dan saya selang selikan dengan tip tip dari Dr
Azizan Osman yang saya ceduk dari fb beliau.
Mesti
ada yang tertanya apakah Teknik BAD itu, jika berkehendak sila gali di fb Cik puan
Insyirah (FB: Che Insyirah) atau Cik puan Hajar Abdullah (FB : Hajar Abdullah)
atau google ‘Teknik BAD oleh IA’. Mereka adalah insan insan hebat yang
menyebarkan betapa penting kebergantungan pada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment